JAKARTA: Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.
Ganjar, 54, merupakan gabenor Jawa Tengah sejak 2013 dan kader PDI-P.
"Saya menetapkan Ganjar Pranowo untuk ditingkatkan tugasnya sebagai calon presiden," kata Ketua Umum Megawati Soekarnoputri hari ini.
Menurutnya, Ganjar menjadi bukti kejayaan partinya dalam menyediakan pendidikan politik dan barisan pelapis untuk kesinambungan kepimpinan.
Pengumuman yang dibuat di Istana Batutulis, Bogor, Jawa Barat, dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo yang juga kader PDI-P dan Pengurus Dewan Pimpinan Pusat PDI-P Puan Maharani.
Pada acara itu, Joko Widodo berharap kepimpinan baharu akan datang meneruskan program strategik yang telah diumumkan untuk mewujudkan kebajikan yang adil dan saksama.
Ganjar memohon semua kader parti memberi maklum balas sama ada kritikan dan cadangan dengan menyatakan 'inilah momentum untuk kita berganding bahu bersatu'.
Komisi Pemilihan Umum menetapkan tarikh akhir pendaftaran bagi pencalonan presiden adalah pada 19 Oktober dan pengundian akan berlangsung pada 14 Februari 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Joko Widodo berharap kepimpinan baharu akan datang meneruskan program strategik yang telah diumumkan untuk mewujudkan kebajikan yang adil dan saksama. -Gambar Facebook PDI Perjuangan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilu 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan - Lingkar Madani
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan.
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran
Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.
Isu politik dinasti jadi kebimbangan dalam pemilihan Presiden Indonesia - Penganalisis
Isu politik dinasti ini timbul ekoran pencalonan Gibran Rakabuming Raka yang merupakan anak sulung kepada Presiden Joko Widodo sebagai calon wakil presiden.
Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.
Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur
Cadangan menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme.