awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
04/11/2024
13:56 MYT
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Trump atau Harris? Sokongan golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda.
SOKONGAN daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat yang ke-47.

Ringkasan AI
  • Sokongan golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda.
  • Sebelum ini beberapa selebriti tampil menyatakan sokongan padu kepada Harris untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-47.
  • Selebriti seperti Kid Rock, Russell Brand, Kanye West dan jutawan, Elon Musk menyatakan sokongan kepada Trump.

Menurut diaspora Malaysia yang juga merupakan seorang wartawan di Amerika Syarikat, Shafiq Najib, ramai dalam kalangan anak muda di negara itu khususnya mengidolakan selebriti pujaan mereka dan lebih mudah terikut-ikut dengan pilihan yang dibuat golongan ini.
"Saya berpendapat sokongan daripada golongan selebriti terhadap mana-mana calon Presiden baik Kamala Harris dan Donald Trump memainkan peranan yang cukup besar dan mampu memberikan impak kepada proses pemilihan ini.
"Apabila penyanyi seperti Taylor Swift dan Billie Eilish menyatakan sokongan kepada Harris, ia semestinya akan membantu pengundi atas pagar membuat pilihan kerana ramai dalam kalangan peminat mereka (Taylor dan Billie) akan memilih calon berdasarkan pilihan idola mereka," ujarnya.
Shafiq berkata demikian sewaktu ditemui Astro AWANI di New York, Amerika Syarikat sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 pada September.
Selain itu, Shafiq berkata, berdasarkan pengalamannya yang sudah menetap hampir 10 tahun di AS, sokongan golongan selebriti terhadap calon pilihan mereka juga tidak semestinya diterima baik oleh pihak lain khususnya calon yang berentap dalam pemilihan ini.
"Semestinya setiap sokongan yang dinyatakan oleh golongan selebriti ini datang dengan risikonya yang tersendiri.
"Sebagai contoh, Trump memberi respons kepada Taylor Swift menerusi ciapannya di X bahawa dia (Trump) membenci penyanyi tersebut.
"Dan pastinya peminat Taylor melakukan serangan secara maya kepada Trump kerana kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.
Sebelum ini beberapa selebriti tampil menyatakan sokongan padu kepada Harris untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-47 seterusnya wanita pertama yang menggalas jawatan tersebut.
Ia termasuk penyanyi Beyonce, Jennifer Lopez, Stevie Wonder, Oprah Winfrey dan Eminem.
Manakala beberapa selebriti seperti Kid Rock, Russell Brand, Kanye West dan jutawan, Elon Musk menyatakan sokongan kepada Trump.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kamala Harris
#Pilihanraya Presiden AS
#politik
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan