Skip to main content

Dunia

Lebih 27,000 pengusiran paksa di Jerman pada 2025 cetus kebimbangan isu gelandangan

Statistik bagi 2025 turut merekodkan kira-kira 41,200 perintah pengusiran, meningkat 6,000 berbanding 2024. - Reuters
Statistik bagi 2025 turut merekodkan kira-kira 41,200 perintah pengusiran, meningkat 6,000 berbanding 2024. - Reuters
Advertisement

BERLIN: Pegawai mahkamah melaksanakan lebih 27,446 pengusiran paksa di Jerman tahun lepas, dengan sebahagian besar kes membabitkan hartanah kediaman, menurut Kementerian Kehakiman di Berlin.

Statistik bagi 2025 turut merekodkan kira-kira 41,200 perintah pengusiran, meningkat 6,000 berbanding 2024.

Bagaimanapun, kerajaan tidak mempunyai maklumat mengenai isi rumah yang terjejas akibat pengusiran itu atau jumlah individu yang menjadi gelandangan susulan tindakan berkenaan, menurut laporan akhbar Rheinische Post pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Advertisement

Mengulas jumlah pengusiran yang tinggi itu, dengan purata 75 kes sehari, anggota Parlimen Sahra Mirow yang juga jurucakap perumahan sosial bagi kumpulan Parlimen parti The Left, menggesa supaya moratorium musim sejuk diperkenalkan melalui undang-undang bagi mengelakkan individu yang terjejas kehilangan tempat tinggal.

Mirow menekankan hak asasi manusia untuk memiliki tempat tinggal serta perlindungan berkaitan daripada pengusiran paksa.

Advertisement

Jumlah pengusiran tertinggi direkodkan di negeri North Rhine-Westphalia di barat Jerman, yang mempunyai penduduk paling ramai di negara itu, dengan lebih 6,000 kes.

Bavaria pula merekodkan lebih 3,400 kes, manakala Berlin mencatatkan hampir 2,300 kes.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement