Skip to main content

Malaysia

Wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air di Ipoh

Operasi tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa wanita yang dilaporkan hilang namun keadaan arus air ketika ini masih deras. - Gambar hiasan
Operasi tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa wanita yang dilaporkan hilang namun keadaan arus air ketika ini masih deras. - Gambar hiasan
Advertisement

IPOH: Seorang wanita berusia 21 tahun dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer selepas menerima panggilan pada 5.14 petang.

"Seorang wanita yang berada di seberang sungai berjaya diselamatkan oleh pihak bomba manakala seorang lelaki yang berada di tebing turut berjaya diselamatkan.

Advertisement

"Seorang lagi mangsa lelaki yang hanyut telah berjaya menyelamatkan diri daripada dibawa arus deras. Kesemua mangsa yang terselamat berusia lingkungan 20-an," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata operasi tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa wanita yang dilaporkan hilang namun keadaan arus air ketika ini masih deras. 

Advertisement

Beliau berkata sebanyak sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi itu dengan bantuan pelbagai jentera.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement