awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara KL diterangi lampu warna-warni sempena Hari Kebangsaan Turki ke-100

Bernama
Bernama
30/10/2023
05:30 MYT
Menara KL diterangi lampu warna-warni sempena Hari Kebangsaan Turki ke-100
Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turki. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menara KL diterangi cahaya lampu berwarna-warni bertemakan warna bendera Turki sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Turki, pada malam Ahad.
Duta Besar Turki ke Malaysia Emir Salim Yuksel dalam ucapannya pada majlis itu berkata 100 tahun lalu, Turki mengisytiharkan penubuhan republik itu selepas bertahun-tahun berperang dan Turki berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu keamanan dan kemakmuran.
"Sejak hari kegemilangan 29 Okt 1923, seratus tahun sudah berlalu, kini Turki yang mempunyai 85 juta penduduk menjadi antara negara paling maju di dunia.
"Selepas seratus tahun, kini kami berada dalam kalangan rakan-rakan di bandar raya Kuala Lumpur yang indah ini," katanya.
Yuksel berkata acara khas itu yang bermula 8 malam hingga 9 malam menunjukkan solidaritii dan melambangkan hubungan yang istimewa antara Turki dan Malaysia.
"Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada pengasas Republik ini, Gazi Mustafa Kemal Ataturk dan rakan-rakan seperjuangan yang mengorbankan nyawa mereka demi mendapatkan kemerdekaan," kata Yuksel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turki
#Hari Kebangsaan
#republik turki
#Menara KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan