awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan, pengakuan Putera Harry 'bocor' lebih awal

Agensi
Agensi
07/01/2023
04:00 MYT
Mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan, pengakuan Putera Harry 'bocor' lebih awal
Putera Harry mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan.- Gambar fail AP
LOS ANGELES: Beberapa dakwaan sensasi dari autobiografi mengenai Putera Harry bertajuk Spare dilaporkan telah 'bocor'.
Memetik laporan BBC, buku autobiografi itu menceritakan rentetan peristiwa ‘pahit’ yang terjadi di dalam Keluarga Diraja termasuk dakwaan Putera Harry dan Putera William menggesa ayahanda mereka, Raja Charles III untuk tidak berkahwin dengan Camilla.
Kandungan buku berkenaan juga memuatkan dakwaan Putera Harry yang pertama kali dilaporkan The Guardian ialah bagaimana dia diserang secara fizikal oleh abangnya, Putera William.
Sementara itu, Istana Kensington dan Istana Buckingham memaklumkan pihak istana tidak akan mengulas lanjut mengenai tulisan buku autobiografi yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Putera Harry dalam autobiografi itu turut mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan.
Duke of Sussex berusia 38 tahun itu berkhidmat dalam dua siri tugasan menentang kumpulan Taliban iaitu kali pertama sebagai pegawai udara memanggil serangan udara dalam tahun 2007-2008 dan kemudian menerbangkan helikopter gempur Apache pada 2012 hingga 2013.
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, Harry mengaku berkongsi pengalaman melaksanakan enam misi sebagai seorang juruterbang yang mendorongya ‘meragut sejumlah nyawa manusia’.
"Ia bukan statistik yang membuat saya bangga tetapi ia juga tidak membuatkan saya malu.
"Apabila saya mendapati diri saya tenggelam dalam kepanasan dan keliru dalam pertempuran, saya tidak menganggap 25 orang itu sebagai orang. Mereka adalah buah catur yang dialih dari papan, orang jahat disingkirkan sebelum mereka boleh membunuh orang baik," katanya.
Harry berkhidmat selama 10 tahun dalam Tentera Britain dan mendapat kenaikan hingga ke pangkat kapten sepanjang perkhidmatannya.
Topic Berkaitan
#Istana Buckingham
#Raja Charles III
#Afghanistan
#Putera William
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan