awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Israel berang filem Palestin ‘The Sea’ menang Anugerah Ophir, ancam tarik dana

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2025
08:10 MYT
Menteri Israel berang filem Palestin ‘The Sea’ menang Anugerah Ophir, ancam tarik dana
Zohar (foto) mengumumkan penarikan dana kerajaan terhadap majlis anugerah berprestij itu mulai bajet 2026. -Gambar fail
TEL AVIV: Kemenangan filem "The Sea" di Anugerah Ophir telah mencetuskan kontroversi apabila Menteri Kebudayaan dan Sukan Israel, Miki Zohar, mengumumkan penarikan dana kerajaan terhadap majlis anugerah berprestij setaraf Oscar itu mulai bajet 2026.

Ringkasan AI
  • Filem The Sea menang Filem Terbaik di Anugerah Ophir, cetus kontroversi kerana paparan kisah kanak-kanak Palestin menyeberang ke Tel Aviv untuk melihat laut.
  • Menteri Kebudayaan Israel Miki Zohar umum tarik dana kerajaan terhadap majlis anugerah itu mulai bajet 2026, dakwa filem memfitnah tentera IDF.
  • Akademi Filem Israel pertahan pemilihan filem sebagai simbol kerjasama Yahudi-Palestin, di tengah tekanan antarabangsa dan boikot industri filem Israel.

Filem arahan Shai Carmeli-Pollak dan diterbitkan oleh Baher Agbariya itu memaparkan perjalanan kanak-kanak Palestin Khaled, 12, seorang pelajar dari Tebing Barat yang nekad menyeberang ke Tel Aviv untuk melihat laut buat kali pertama, walaupun dihalang oleh tentera Israel di pusat pemeriksaan.
Filem ini bukan sahaja memenangi kategori Filem Terbaik, malah pelakon utamanya Muhammad Gazawi, 13, menjadi pemenang termuda dalam sejarah anugerah tersebut.
Dalam kenyataan di platform X, Zohar menyifatkan kemenangan filem itu sebagai tamparan hebat kepada rakyat Israel dan mendakwa ia memfitnah tentera IDF yang sedang berjuang mempertahankan negara.
- . - 2025, . pic.twitter.com/8KFClV2uUx
— Miki Zohar (@zoharm7) September 17, 2025
Dia menegaskan bahawa rakyat Israel tidak sepatutnya membiayai majlis yang memalukan dan terpisah daripada 'realiti' negara.
Sebagai pemenang Filem Terbaik Ophir, "The Sea" secara automatik menjadi wakil Israel untuk kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Academy 2026, mengikut tradisi sejak 1991.
Pengerusi Akademi Filem dan Televisyen Israel, Assaf Amir, mempertahankan pemilihan tersebut dengan menyatakan bahawa filem itu adalah hasil kerjasama antara pembikin filem Yahudi dan Palestin, serta mencerminkan kepekaan terhadap realiti kompleks yang sedang berlaku.
Kontroversi ini berlaku di tengah-tengah tekanan antarabangsa terhadap industri filem Israel, termasuk boikot oleh ribuan profesional Hollywood yang enggan bekerjasama dengan institusi yang didakwa terlibat dalam genosid.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Anugerah Ophir
#The Sea
#Filem Terbaik
#Miki Zohar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami