Ringkasan AI
- Malaysia Airlines memaklumkan maklumat sebahagian pelanggan mungkin terjejas akibat insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan pihak ketiga.
- Insiden tersebut melibatkan data pelanggan yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026, namun sistem IT Malaysia Airlines tidak terjejas.
- Malaysia Airlines menasihatkan pelanggan berwaspada terhadap komunikasi mencurigakan dan menegaskan privasi serta perlindungan maklumat kekal menjadi keutamaan.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu.
“Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026,” menurut kenyataan MAB yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu (31 Oktober).
Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan maklumat kewangan telah diakses.
“Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden berkenaan dan menilai kesannya.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggalakkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan atau tidak diminta, terutama yang mahukan maklumat peribadi atau kewangan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MAB privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaan dan pihaknya akan berkongsi perkembangan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat yang lebih terperinci.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah insiden keselamatan siber yang melibatkan Malaysia Airlines?
A: Insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga Malaysia Airlines, yang mungkin menjejaskan maklumat sebahagian pelanggan. - Q: Tempoh bila maklumat pelanggan mungkin terjejas akibat insiden ini?
A: Maklumat pelanggan yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026 mungkin terjejas. - Q: Adakah sistem teknologi maklumat Malaysia Airlines terjejas dalam insiden ini?
A: Malaysia Airlines memaklumkan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas dan tiada bukti maklumat kewangan telah diakses. - Q: Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia Airlines selepas insiden ini?
A: Malaysia Airlines bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden serta menilai kesannya, dan menggalakkan pelanggan berwaspada terhadap komunikasi mencurigakan. - Q: Apakah keutamaan Malaysia Airlines berhubung insiden ini?
A: Privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaan Malaysia Airlines, dan mereka akan berkongsi perkembangan lanjut jika terdapat maklumat baharu.