awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Jepun, Kenya Akiba, dipecat kerana skandal dana politik

Bernama
Bernama
27/12/2022
08:17 MYT
Menteri Jepun, Kenya Akiba, dipecat kerana skandal dana politik
Dalam tempoh dua bulan, Fumio Kishida sudah memecat empat menteri, menyaksikan penarafan sokongan terhadapnya menjunam. - AP
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Selasa memecat seorang menteri kerana terlibat dengan skandal dana politik, lapor Agensi Anadolu.
Keputusan untuk memecat Menteri Pembinaan Semula, Kenya Akiba, dibuat ketika Kishida sedang berusaha untuk meraih sokongan rakyat selepas populariti beliau terjejas disebabkan beberapa isu.
Dalam tempoh dua bulan Kishida sudah memecat empat menteri, menyaksikan penarafan sokongan menjunam kepada 33.1 peratus, menurut Kyodo News.
"Keputusan yang sukar," kata Akiba selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Kishida. Akiba akan digantikan oleh Hiromichi Watanabe.
Penyingkiran Akiba juga dilihat sebagai langkah awal Kishida untuk menghalang sebarang peluang yang boleh mengganggu perbincangan bajet 2023 yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Akiba dituduh melanggar undang-undang pilihan raya, menyalahgunakan dana politik dan mempunyai kaitan dengan Unification Church yang kontroversi.
Gereja itu, yang telah dijenamakan semula dikenali Family Federation for World Peace and Unification, sedang disiasat selepas pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Julai lalu.
Suspek kes pembunuhan itu Yamagami, 41, berkata keluarganya "hancur dari segi kewangan selepas ibunya membuat sumbangan besar untuk gereja itu."
Kira-kira separuh daripada Ahli Parlimen dari Parti Demokratik Liberal yang memerintah dikaitkan dengan gereja itu yang dikatakan diasaskan oleh kumpulan antikomunis dan sering terlibat dengan pemujaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#skandal dana politik
#Kenya Akiba
#menteri dipecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan