INTERNATIONAL
Menteri Kewangan Korea Selatan, Choi Sang-mok letak jawatan

Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar di dalam dan luar negara, Sang-mok berpendapat, beliau tidak lagi mampu melaksanakan tugas sebagai Menteri Kewangan dengan sebaiknya. - Gambar fail Reuters
SEOUL: Menteri Kewangan Korea Selatan, Choi Sang-mok menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Khamis (1 Mei) dan permohonan tersebut telah diterima, menurut kenyataan rasmi daripada kementeriannya.
Keputusan Sang-mok dibuat ketika Parlimen negara itu sedang mengundi untuk meluluskan usul pemecatannya (impeachment).
"Peletakan jawatan Sang-mok telah diterima," kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Korea Selatan.
Beliau dijadualkan untuk mengambil alih jawatan pemangku Presiden tepat tengah malam Khamis, berikutan peletakan jawatan rasmi pemangku Presiden ketika ini, Han Duck-soo.Langkah itu dilihat sebagai isyarat Sang-mok bersedia melancarkan kempen bagi bertanding dalam Pilihan
Raya Presiden tergempar yang dijadualkan bulan hadapan.
“Saya memohon maaf kerana meletakkan jawatan. Namun, dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar di dalam dan luar negara, saya tidak lagi mampu melaksanakan tugas saya dengan sebaiknya,” kata Sang-mok dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Peletakan jawatan Sang-mok dibuat ketika Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul pemecatan terhadap beliau, susulan keputusan Mahkamah Agung Korea yang membatalkan sabitan terhadap calon
Presiden mereka, Lee Jae-myung, yang sebelum ini didapati tidak bersalah atas tuduhan melanggar undang-undang pilihan raya.
Undian terhadap usul pemecatan Sang-mok dihentikan selepas Duck-soo menerima peletakan jawatannya.
“Peletakan jawatan Sang-mok telah dimaklumkan. Maka, undian terhadap pemecatannya digantung,” kata Speaker Parlimen, Woo Won-shik.
Peletakan jawatan Sang-mok menambah ketidaktentuan politik di Korea Selatan selepas insiden pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal oleh bekas Presiden, Yoon Suk Yeol pada Disember lalu.
Dengan Duck-soo meletakkan jawatan tengah malam Khamis, jawatan Pemangku Presiden sepatutnya disandang oleh Sang-mok.
Namun, selepas pengundurannya, tanggungjawab itu kini akan dipikul oleh Menteri Pendidikan, Lee Ju-ho, yang akan mengetuai proses Pilihan Raya Presiden yang dijadualkan pada 3 Jun. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami