awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greenland syurga sumber alam semula jadi
Pekerja pos Minneapolis bantah kehadiran ICE di premis perkhidmatan
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar China gariskan pendirian Beijing terhadap perjanjian gencatan senjata Gaza fasa pertama

Bernama
Bernama
12/10/2025
00:10 MYT
Menteri Luar China gariskan pendirian Beijing terhadap perjanjian gencatan senjata Gaza fasa pertama
Wang Yi (kanan) dan Ignazio Cassis ketika mengadakan lawatan rasmi ke Castelgrande di Bellinzona, Switzerland, 10 Okt 2025. (Foto AP)
BELLINZONA (Switzerland): Menteri Luar China Wang Yi menggariskan pendirian Beijing pada Jumaat berhubung perjanjian gencatan senjata fasa pertama dan pertukaran tahanan yang dicapai antara Israel dan Hamas, semasa sidang akhbar bersama Ahli Majlis Persekutuan merangkap Menteri Luar Switzerland Ignazio Cassis, lapor Xinhua.
Wang, yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, berkata China menyambut baik semua usaha yang bertujuan memulihkan keamanan dan menyelamatkan nyawa, sambil menegaskan bahawa bencana kemanusiaan di Gaza merupakan satu noda terhadap abad ke-21 dan hati nurani kemanusiaan mesti dibangkitkan.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa harus bekerjasama untuk mencapai satu gencatan senjata yang sebenar, menyeluruh dan berkekalan, sekali gus meringankan krisis kemanusiaan secara berkesan dan memulihkan kestabilan serantau.
Wang menekankan bahawa prinsip "rakyat Palestin mentadbir Palestin", iaitu satu konsensus yang telah dicapai oleh masyarakat antarabangsa, mesti dikekalkan dan sebarang aturan berkaitan masa depan Gaza perlu menghormati kehendak rakyat Palestin.
Beliau berkata bahawa hala tuju jangka panjang penyelesaian dua negara mesti kekal teguh kerana hanya sebuah negara Palestin merdeka yang memperoleh hak nasionalnya yang sah mampu menamatkan ketidakadilan sejarah serta akar umbi keganasan, sekali gus mewujudkan keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin.
Wang berkata China bersedia untuk terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa, termasuk Switzerland, bagi meneruskan usaha tanpa henti untuk keamanan dan keselamatan yang berkekalan di Timur Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#China
#wang yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan