BEIJING: Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian melalui telefon, pada Isnin.
Hossein Amir-Abdollahian telah menjelaskan pendirian pihaknya membabitkan peristiwa bangunan kedutaan Iran di Syria diserang pada 1 April lepas.
Beliau menegaskan pihaknya bersedia untuk mengambil sikap bertenang dan tidak mahu melihat situasi menjadi lebih meruncing.
Wang Yi menyatakan bahawa China mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kedutaan Iran di Syria dan menganggap insiden tersebut mencabuli undang-undang antarabangsa secara serius dan tidak boleh diterima.
Wang Yi berkata menurut kenyataan pihak Iran, tindakan yang diambilnya adalah terhad dan sebagai tindak balas ke atas serangan kedutaannya.
China menghargai penekanan Iran yang tidak menyasarkan negara serantau dan negara jiran dan berpegang teguh pada dasar bersahabat dengan jiran.
Wang Yi berkata China percaya Iran dapat mengendalikan keadaan semasa dan mengelakkan pergolakan selanjutnya di samping menjaga kedaulatan dan maruahnya.
Wang Yi turut menyatakan bahawa situasi semasa adalah kesan limpahan daripada peningkatan konflik di Gaza. Adalah mustahak untuk melaksanakan resolusi 2728 Majlis Keselamatan dan menyegerakan gencatan senjata di Gaza demi melindungi orang awam dan mencegah bencana kemanusiaan yang lebih teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Wang Yi menyatakan bahawa China mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kedutaan Iran di Syria dan menganggap insiden tersebut mencabuli undang-undang antarabangsa secara serius dan tidak boleh diterima. -Gambar fail/Reuters
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Putin beri amaran ketidakstabilan di Asia Barat boleh jadi pencetus perang dunia
Perlu ada perbincangan serius mengenai keselamatan dan kestabilan antarabangsa, terutamanya mengenai lima negara berkeupayaan nuklear.