Menteri Luar Thailand, Kemboja adakan perbincangan di Malaysia bagi redakan ketegangan sempadan

Thailand dan Kemboja kini berusaha ke arah keamanan berkekalan di sepanjang sempadan 817 kilometer yang sekian lama menjadi punca pertikaian. - Foto Bernama
BANGKOK: Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow menghadiri mesyuarat bersama rakan sejawatnya dari Kemboja di Malaysia bagi membincangkan ketegangan sempadan antara kedua-dua negara pada Ahad.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Thailand hadiri rundingan empat pihak di Malaysia bersama Kemboja, AS dan Malaysia untuk meredakan ketegangan sempadan.
- Perbincangan fokus kepada pelaksanaan gencatan senjata, pengunduran senjata berat, pembersihan periuk api dan kerjasama sempadan.
- Thailand dan Kemboja komited capai keamanan berkekalan di sempadan 817km yang sering menjadi punca konflik, dengan pemantauan ASEAN dan kuasa besar.
"Rundingan itu merangkumi perbincangan mengenai isu tertunggak, langkah ke hadapan untuk meredakan ketegangan serta memastikan kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian gencatan senjata," menurut kenyataan MFA di akaun rasmi X.
Kementerian itu berkata, Sihasak menegaskan kepentingan mekanisme dua hala yang telah menunjukkan kemajuan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini serta keperluan untuk meneruskan isu yang dipersetujui kedua-dua pihak.
"Menteri Luar juga menekankan bidang utama seperti pengunduran senjata berat, usaha pembersihan periuk api secara bersama, memerangi jenayah rentas sempadan serta kerjasama dalam pengurusan kawasan sempadan," katanya.
Thailand dan Kemboja kini berusaha ke arah keamanan berkekalan di sepanjang sempadan 817 kilometer yang sekian lama menjadi punca pertikaian.
Ketegangan terbaharu tercetus hingga melibatkan konfrontasi ketenteraan di kawasan sempadan Oddar Meanchey dan Preah Vihear pada 24 Julai lalu.
Kedua-dua kerajaan kemudian bersetuju untuk meredakan keadaan, yang turut dipantau rapat oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, serta Amerika Syarikat dan China.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami