awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan

Agensi
Agensi
24/04/2017
15:57 MYT
Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan
Menteri Pertahanan Afghanistan Abdullah Habibi meletak jawatan susulan serangan militan Taliban pada Jumaat. REUTERS
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menerima peletakan jawatan menteri pertahanan dan ketua tenteranya pada Isnin, selepas serangan Taliban paling dahsyat terhadap sebuah pangkalan tentera pada Jumaat, menurut pejabat presiden.
"Menteri Pertahanan Abdullah Habibi dan Panglima Tentera Qadam Shah Shahim meletak jawatan berkuatkuasa serta merta," istana presiden mengumumkan melalui akaun Twitter.
Shah Hussain Murtazawi, pemangku jurucakap Ashraf Ghani, memberitahu Reuters peletakan jawatan itu adalah kerana serangan tiga hari lepas ke atas sebuah pangkalan tentera utama di bandar Mazar-i-Sharif.
Pada Jumaat, kira-kira 140 tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan militan Taliban yang menyamar askar dengan memakai pakaian seragam tentera.
Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, dilaporkan memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarkan askar yang sedang makan dan meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.
Ashraf Ghani mengisytiharkan Ahad sebagai hari berkabung dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.
Pada Isnin, sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar istana presiden di Kabul menuntut peletakan jawatan pegawai pertahanan tertinggi Afghanistan susulan serangan itu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#ketua tentera
#letak jawatan
#Menteri Pertahanan
#militan
#serangan
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan