awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir arah syarikat penerbangan elak ruang udara Iran

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2024
23:50 MYT
Mesir arah syarikat penerbangan elak ruang udara Iran
Seorang pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor dilihat berdekatan pesawat EgyptAir di Luxor, Mesir, 9 April 2021. - Gambar fail/REUTERS
MESIR mengarahkan semua syarikat penerbangannya mengelak ruang udara Iran selama tiga jam pada awal pagi Khamis ketika mana ketegangan antara Israel dan Iran semakin memuncak.
Menurut NOTAM, iaitu notis keselamatan yang diberikan kepada juruterbang pada Rabu, arahan itu akan berkuat kuasa dari jam 1 pagi hingga 4 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, ia tidak memberikan butiran lanjut tentang sebab ia dikeluarkan.
"Semua syarikat penerbangan Mesir hendaklah mengelak daripada terbang di udara Tehran.
"Tiada rancangan penerbangan akan dibenarkan untuk melintasi wilayah tersebut," katanya merujuk kepada tempoh tiga jam itu.
Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Rabu mengesahkan notis itu bertujuan untuk mengurangkan risiko keselamatan penerbangan berikutan pemberitahuan yang diterima daripada pihak berkuasa Iran.
"Latihan ketenteraan akan dijalankan di ruang udara Iran pada 7 ogos dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan dari 4.30 pagi hingga 7.30 pagi pada 8 Ogos waktu Tehran," menurut kenyataan kementerian itu.
Terdahulu, Al Qahera News TV memetik sumber melaporkan, pihak berkuasa Iran menasihatkan supaya mengelak daripada terbang di ruang udara Iran kerana "latihan ketenteraan."
Banyak syarikat penerbangan menyemak semula jadual mereka untuk mengelak ruang udara Iran dan Lubnan serta membatalkan penerbangan ke Israel dan Lubnan kerana bimbang dengan kemungkinan konflik yang lebih besar susulan pembunuhan anggota kanan kumpulan militan Hamas dan Hizbullah.
Pada Ahad, pihak berkuasa Jordan meminta semua syarikat penerbangan yang mendarat di lapangan terbangnya membawa bahan api tambahan untuk selama 45 minit.
Negara-negara di rantau itu, termasuk Jordan, menutup ruang udara mereka awal tahun ini di tengah-tengah serangan udara ke atas Israel. - Agensi
Topic Berkaitan
#Hamas
#Iran
#syarikat penerbangan
#Kementerian Penerbangan Awam Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan