awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria

Bernama
Bernama
05/01/2025
20:15 MYT
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Abdel Aati menegaskan, keperluan kritikal untuk meneruskan usaha serantau dan antarabangsa bagi memastikan gencatan senjata segera serta kelancaran penyampaian bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Gambar fail/AP/Abdel Kareem Hana
KAHERAH: Menteri Luar Mesir, Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Mesir, Abdel Aati menegaskan, keperluan kritikal untuk meneruskan usaha serantau dan antarabangsa bagi memastikan gencatan senjata segera serta kelancaran penyampaian bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau turut menekankan kepentingan Israel menghentikan dasar agresif terhadap rakyat Palestin dan mengecam keras tindakan menyasarkan infrastruktur kesihatan dan hospital di Gaza secara sistematik, yang disifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.
Berhubung perkembangan di Syria, beliau menegaskan, keperluan untuk proses peralihan politik menyeluruh yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Syria tanpa campur tangan luar, bagi mendapatkan keselamatan, kestabilan, dan keutuhan wilayah negara itu.
Sementara itu, Setiausaha Negara AS menyatakan penghargaan mendalam negaranya terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Mesir dalam mencapai keamanan dan kestabilan di rantau ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#bantuan kemanusiaan
#gencatan senjata
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan