awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir mungkin campur tangan konflik di Libya

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2020
00:45 MYT
Mesir mungkin campur tangan konflik di Libya
Kata El-Sissi, Mesir sedia memberikan senjata dan latihan untuk suku kaum di Libya bagi mempertahankan negara mereka. - AP/John MacDougall
PRESIDEN Mesir memberi amaran akan campur tangan konflik di Libya jika militan disokong Turki cuba menyerang bandar Sirte.
Menurut Abdel Fattah El-Sissi, tindakan itu melangkaui garis merah dan Mesir perlu bertindak balas bagi melindungi sempadan baratnya sekali gus cuba mewujudkan kestabilan termasuk genjatan senjata ke Libya.
El-Sissi memberi amaran bahawa sebarang serangan ke Sirte atau Pangkalan Udara Jufra oleh militan yang menyokong PBB dan disokong kerajaan lemah Tripoli akan mencetus konflik yang lebih besar.
Justeru, beliau menyeru semua pihak bertelagah untuk kembali ke meja rundingan bagi mencapai penyelesaian politik.
Katanya, Mesir sedia memberikan senjata dan latihan untuk suku kaum di Libya bagi mempertahankan negara mereka.
Kenyataan El-Sissi hadir selepas pasukan Libya disokong kerajaan Tripoli awal bulan ini bergerak ke arah Sirte, satu tindakan yang mengabaikan inisiatif Mesir untuk menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan damai.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Libya
#Mesir
#militan
#PBB
#serangan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan