awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan

Bernama
Bernama
07/06/2023
23:45 MYT
Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Projek yang bakal menjana 10 gigawatt kuasa elektrik itu akan dilaksanakan oleh konsortium yang diketuai oleh syarikat tenaga boleh baharu UAE, Masdar. - Gambar hiasan
DOHA: Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion, lapor Sputnik memetik TV Al Arabiya.
Projek yang bakal menjana 10 gigawatt kuasa elektrik itu akan dilaksanakan oleh konsortium yang diketuai oleh syarikat tenaga boleh baharu UAE, Masdar, yang akan turut merangkumi peneraju Mesir dalam bidang itu, Infinity Power dan Hassan Allam Utilities.
Ladang angin terbesar di dunia itu dirancang dibina berhampiran bandar Sohag di tengah Mesir. Penjanaan elektrik dalam projek itu dijangka bermula dalam tempoh empat tahun.
Memorandum persefahaman mengenai projek tenaga angin bersama itu ditandatangani di luar Persidangan Perubahan Iklim PBB COP27 di Sharm el-Sheikh Mesir pada musim gugur lepas.
Projek berkenaan dijangka menjadi sebahagian daripada inisiatif Koridor Hijau Mesir yang dikhususkan untuk projek tenaga boleh baharu.
Ladang angin itu dijangka menjimatkan Mesir kira-kira AS$5 bilion dari segi kos gas asli tahunan dan membantu mewujudkan sehingga 100,000 pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#UAE
#tandatangan perjanjian
#projek tenaga angin terbesar di dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan