SINGAPURA:Mesyuarat Khas Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 25-28 Mei tahun ini, dijadualkan semula ke 17-20 Ogos.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, WEF telah mencadangkan penjadualan semula mesyuarat itu kerana sekatan pergerakan global dan cabaran antarabangsa dalam memerangi virus itu pada ketika ini.

"Kerajaan Singapura memahami cabaran dihadapi WEF dan telah bersetuju dengan penjadualan semula itu.

"Kita akan terus bekerjasama secara dekat dengan WEF bagi menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Khas Tahunan yang selamat dan berjaya di Singapura," menurut kementerian itu bagi menjawab soalan dikemukakan media mengenai penjadualan semula itu.

-- BERNAMA