awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta kenakan langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja di Facebook, Instagram

Bernama
Bernama
11/01/2024
21:45 MYT
Meta kenakan langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja di Facebook, Instagram
Meta akan mengalih keluar kandungan mengenai bunuh diri, gangguan makan dan mencederakan diri sendiri dengan sengaja daripada akaun pengguna remaja di Facebook dan Instagram. - Gambar fail REUTERS
WASHINGTON: Syarikat Meta akan mengenakan langkah keselamatan baharu ke atas akaun pengguna remaja untuk melindungi mereka daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan umur untuk hasil carian serta explore page di Facebook dan Instagram.
Pengguna remaja juga akan diminta untuk mengemas kini tetapan privasi mereka, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Platform media sosial itu akan mengalih keluar kandungan mengenai bunuh diri, gangguan makan dan mencederakan diri sendiri dengan sengaja daripada akaun pengguna remaja di Facebook dan Instagram, meskipun kandungan itu dikongsi oleh pengguna yang mereka ikuti.
Menurut Meta walaupun kandungan 'mencederakan diri sendiri dengan sengaja' boleh membantu mengurangkan stigma berhubung isu ini, namun ia adalah topik yang agak rumit dan tidak sesuai untuk semua golongan muda.
Meta turut akan menyembunyikan hasil yang berkaitan dan seterusnya mengubah hala carian ke talian bantuan atau sumber lain untuk pengguna mendapatkan bantuan.
Meta akan sekat kandungan tidak sesuai untuk remaja
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#langkah keselamatan
#pengguna remaja
#Meta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan