WASHINGTON: Meta pada Selasa mengumumkan pelancaran siri ciri keselamatan bagi melindungi remaja di seluruh platform media sosial Meta, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengumuman yang paling penting melibatkan pengenalan alat pengawasan ibu bapa untuk Messenger dengan penjaga kini mempunyai akses kepada maklumat seperti jumlah masa yang diluangkan oleh remaja di Messenger, kemas kini senarai kenalan dan tetapan privasi mereka serta butiran tentang siapa yang boleh menghantar mesej selain melihat cerita di Messenger anak masing-masing.
Selain Messenger, Meta sedang membangunkan ciri untuk mengehadkan orang yang boleh menghantar mesej langsung di Instagram.
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas penyiasatan Wall Street Journal menemukan contoh di mana sistem pengesyoran Instagram memudahkan sambungan yang berkaitan dengan perkongsian bahan terlarang yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur.
Sebagai tindak balas, Meta melumpuhkan beribu-ribu hashtag dan merungkai 27 rangkaian yang dikaitkan dengan kandungan sedemikian sejak dua tahun lalu.
Walaupun aplikasi Meta mempunyai syarat umur minimum 13 tahun, syarikat itu mengakui bahawa kanak-kanak boleh mencari kaedah untuk memintas sekatan ini.
Selain penambahan ciri keselamatan, Meta juga mengambil langkah untuk menggalakkan corak penggunaan yang lebih sihat dalam kalangan remaja dengan pemberitahuan supaya mereka berehat selepas 20 minit melayari Facebook.
Industri media sosial menghadapi peningkatan penelitian daripada penggubal undang-undang dan pengawal selia mengenai kesan media sosial terhadap remaja.
Pada Mei, pakar bedah Amerika Syarikat Dr Vivek Murthy memberi nasihat yang menonjolkan kesan penggunaan media sosial terhadap pengguna muda dan pada bulan yang sama pentadbiran Biden menubuhkan pasukan petugas khusus untuk mengkaji pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak.
Meta berhadapan penelitian tambahan pada 2021 apabila pemberi maklumat Facebook Frances Haugen mendedahkan dokumen dalaman yang menunjukkan bahawa syarikat itu menyedari kesan negatif Instagram terhadap gadis remaja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Meta pada Selasa mengumumkan pelancaran siri ciri keselamatan bagi melindungi remaja di seluruh platform media sosial Meta. -Gambar fail/Reuters
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Meta rancang bangunkan kabel dasar laut global sepanjang 40,000 kilometer
Projek ini dijangka memerlukan lebih AS$10 bilion untuk melaksanakannya.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Pelesenan media sosial: Kerajaan tidak boleh beri masa tambahan - Fahmi
Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.
Meta berdepan lebih banyak saman di Jepun berhubung iklan penipuan
Plaintif berpendapat Meta perlu memastikan iklan tidak dibenarkan dipaparkan jika terdapat risiko penipuan yang boleh membahayakan pengguna.
Meta berjaya dapatkan nama domain Threads.com
Threads mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan nama domain akan memainkan peranan penting dalam pemasaran perkhidmatan ini.
Kerajaan tidak berhasrat tangguh laksana kerangka kawal selia, pelesenan media sosial - Fahmi
Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial.