Mexico diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan peningkatan aktiviti seismik yang dikesan di kawasan berdekatan gunung berapi Popocatepetl di bandar Mexico.

Gunung berapi ini mula dikesan aktif pada Sabtu dengan mengeluarkan serpihan batu-batu kecil.

Ketika ini, gunung berapi itu mengeluarkan asap setinggi 1 kilometer ke udara.

Kerajaan juga telah mengerahkan askar dan polis ke kawasan bencana sebagai persediaan jika letusan lebih besar tercetus.

Malah kerajaan juga bertindak menutup kawasan seluas 18 kilometer persegi sekitar lokasi bencana.

Gunung Popocatepetl dikatakan mengeluarkan debu hampir setiap hari sejak 1994.