awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Beberapa lagi jenazah rakyat Malaysia diurus mengikut agama masing-masing

Bernama
Bernama
26/08/2014
12:06 MYT
MH17: Beberapa lagi jenazah rakyat Malaysia diurus mengikut agama masing-masing
Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat mengimamkan Solat Jenazah di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage pada 21 Ogos lepas. - Foto BERNAMA
Beberapa lagi jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan diuruskan mengikut agama masing-masing mulai Rabu ini.
Menurut sumber jenazah itu dijangka tiba di rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini pada Selasa selepas dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.
Jenazah berkenaan dibawa keluar dari pusat itu yang terletak kira-kira 90km dari rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage selepas dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dan autopsi baru-baru ini.
Ketua dan wakil agama telah dipanggil untuk menguruskan jenazah berkenaan mengikut agama masing-masing, kata sumber itu di sini.
Selesai upacara itu, jenazah berkenaan akan dipersiapkan untuk dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat khas MAS minggu ini.
Namun, tarikh penghantaran pulang jenazah kumpulan ketiga itu belum ditetapkan lagi, kata sumber itu.
Tinjauan Bernama di rumah mayat itu pada pagi dan tengah hari Selasa mendapati tiada upacara pengurusan jenazah MH17 diadakan.
Difahamkan persiapan untuk menguruskan jenazah sudah dilakukan bagi melancarkan acara keagamaan berkenaan pada Rabu.
Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah pada Ahad.
Mayat seorang lagi mangsa dihantar pulang pada Sabtu namun ia tidak diuar-uarkan atas permintaan keluarganya.
Setakat ini, 24 jenazah rakyat Malaysia telah dibawa pulang.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.
Seramai 43 orang daripada mangsa adalah rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#agama
#jenazah
#Malaysia
#MAS
#MH17
#Monuta Innemee
#rumah mayat
#S-Gravenhage
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan