awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh seru sokongan buat Pasukan Olimpik Pelarian, sempat singgah penginapan atlet Malaysia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/07/2024
14:59 MYT
Michelle Yeoh seru sokongan buat Pasukan Olimpik Pelarian, sempat singgah penginapan atlet Malaysia
Michelle sempat meninjau suasana di perkampungan Olimpik di Paris dan tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan penginapan atlet Malaysia. - Instagram @michelleyeoh_official
PARIS: Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai secara rasmi pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia, bintang filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menitipkan kata-kata semangat buat Pasukan Olimpik Pelarian yang bakal beraksi pada temasya tersebut.
Aktres kelahiran Malaysia berusia 61 tahun itu dalam video yang dimuat naik di laman sosialnya menyeru para peminatnya dan masyarakat dunia untuk memberikan sokongan buat pasukan itu, yang disifatkan sebagai sangat istimewa.
"Mereka berjuang lebih sukar dan mengembara jauh untuk sampai ke Paris. Mereka adalah Pasukan Olimpik Pelarian.
"Sila sokong mereka dengan sepenuh hati anda dan apabila anda melihat mereka, tunjukkan sokongan anda dengan berkongsi (simbol) hati dengan mereka.
"Pasukan ini mewakili lebih 100 juta orang yang berpindah. Mari kita bersorak untuk mereka, dengan kuat dan bangga," kata Yeoh yang juga pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Academy atau Oscar dalam rakaman berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by The Olympic Games (@olympics)
Sementara itu, dalam entri berasingan Yeoh turut dilihat sempat meluangkan masa meninjau perkampungan Olimpik termasuk penginapan atlet Malaysia.
"Ia sesuatu yang menakjubkan...," tulisnya lagi.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumpul pasukan pelarian terbesar iaitu 37 atlet yang bakal bersaing di Olimpik Paris 2024.
Atlet dari negara seperti Syria, Sudan, Cameroon, Ethiopia, Iran and Afghanistan akan bertanding dalam 12 acara, iaitu kali ketiga pasukan seumpama itu ditubuhkan di temasya Olimpik musim panas.
IOC memperkenalkan pasukan pelarian pertama di temasya Rio 2016 membabitkan 10 atlet untuk meningkatkan kesedaran mengenai ratusan ribu pelarian dari Timur Tengah membanjiri Eropah.
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#olimpik paris
#pasukan olimpik pelarian
#atlet Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan