TAHUN 2023 mungkin boleh disifatkan sebagai tahun gemilang buat pelakon terkenal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.
Belum reda kehangatannya muncul sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe, nama Michelle sekali lagi mencuri tumpuan Malaysia dan dunia.
Yeoh, 60, menerima pencalonan Oscar pertamanya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.
Pencapaian itu juga menyaksikan beliau menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan dalam anugerah tersebut.
Pengumuman itu dibuat pada Selasa di Teater Samuel Goldwyn di Beverly Hills, California dalam siaran langsung dikendalikan pelakon Riz Ahmed dan Alison Williams.
Yeoh akan bersaing bersama Cate Blanchett (Tar), Ana De Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) untuk anugerah itu.
Pelakon dalam filem sama dengan Yeoh, Ke Huy Quan, Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu turut dicalonkan dalam kategori lakonan Oscar.
Quan dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik manakala Curtis dan Hsu akan bersaing untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
BACA: PM Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh
Anugerah Akademi ke-95 akan diadakan pada 12 Mac di Los Angeles dan dihoskan oleh Jimmy Kimmel.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan aktres dari Ipoh itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Ridauddin Daud
Tue Jan 24 2023

Michelle Yeoh sebelum ini memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once. - Gambar/ AP

Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford
Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.

AWANI Ringkas: Agong seru rakyat salur bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.

Twitter alami gangguan teknikal
Walaupun tweet yang dimuat naik sebelum ini masih kelihatan, pengguna berdepan dengan mesej "anda telah melebihi had harian untuk menghantar tweet".

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

'Everything Everywhere All At Once' dahului pencalonan Oskar dengan 11 kategori
Yeoh akan bersaing dengan Cate Blanchett, Ana de Armas, Andrea Riseborough dan Michelle Williams dalam kategori pelakon wanita terbaik.

Michelle Yeoh tercalon Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar
Yeoh, 60, menerima pencalonan Oscar pertamanya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.

PM Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaannya meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe.

Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri
Pelakon kelahiran Malaysia itu berterima kasih kepada semua yang kirim ucapan tahniah atas kejayaannya raih trofi Anugerah Golden Globe.

Kemenangan Michelle Yeoh cetus harapan cipta sejarah di Oscar
Kemenangannya diraikan seluruh komuniti Asia, dengan ramai meluahkan impian untuk melihatnya menang trofi Oscar pula.

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Baginda berdua zahir rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Fahmi ucap tahniah kepada Michelle Yeoh raih Anugerah Golden Globes
Michelle menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden Globes yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe Awards
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu meraih anugerah berprestij itu hasil lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Majalah TIME nobat aktres Malaysia Michelle Yeoh Ikon 2022
Majalah terkemuka antarabangsa, TIME mengumumkan anak kelahiran Ipoh, Perak Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022, tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

Michelle Yeoh artis Asia pertama terima ijazah kehormat AFI
Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi artis Asia pertama dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI).