awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft setuju bayar denda AS$20 juta atas pelanggaran privasi kanak-kanak

Bernama
Bernama
06/06/2023
09:01 MYT
Microsoft setuju bayar denda AS$20 juta atas pelanggaran privasi kanak-kanak
FTC menyatakan tindakan Microsoft itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Perdagangan Atas Talian (COPPA). - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Syarikat teknologi Microsoft bersetuju membayar denda sebanyak AS$20 juta bagi menyelesaikan pertuduhan bahawa syarikat itu mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak tanpa mendapat kebenaran ibu bapa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Federal Trade Commission (FTC) mendakwa Microsoft mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak yang mendaftar ke sistem permainan Xbox tanpa memberi sebarang notifikasi atau memperoleh kebenaran daripada ibu bapa mereka, dan secara haram menyimpan maklumat peribadi kanak-kanak.
FTC menyatakan tindakan Microsoft itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Perdagangan Atas Talian (COPPA).
Microsoft dikehendaki memperkukuh perlindungan privasi bagi golongan muda yang menggunakan sistem Xboxnya.
FTC memaklumkan ia juga akan meluaskan perlindungan COPPA kepada penerbit permainan yang berkongsi data kanak-kanak dengan Microsoft.
"Perintah yang dicadangkan ini akan memudahkan ibu bapa melindungi privasi kanak-kanak mereka di Xbox dan membatasi maklumat yang boleh dikumpul dan disimpan oleh Microsoft," kata Samuel Levine, pengarah Biro Perlindungan Pengguna FTC.
"Tindakan ini juga akan merangkumi avatar kanak-kanak, data biometrik dan maklumat kesihatan tidak terkecuali dari COPPA."
Perintah ini perlu diluluskan oleh mahkamah persekutuan sebelum ia boleh dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Mahkamah Persekutuan
#Kanak-kanak
#COPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan