Ringkasan AI
- Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat kekal 15 setakat 12 tengah hari ini.
- Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 178, diikuti Larkin (177) dan beberapa kawasan Pantai Timur serta Miri.
- KKM dan JAS menasihati penduduk kawasan terjejas supaya mengurangkan aktiviti luar dan memantau bacaan IPU melalui aplikasi MyIPU.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara kekal stabil apabila jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat kekal sebanyak 15 setakat 12 tengah hari ini.
Berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Kulim Hi-Tech di Kedah menjadi kawasan terbaharu memasuki kategori Baik selepas mencatatkan bacaan 49 berbanding 51 pada jam 11 pagi.
Pasir Gudang, Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 178, diikuti Larkin dengan bacaan 177.
Di Pantai Timur, Kuala Terengganu mencatatkan bacaan 159, menyamai bacaan di Balok Baru, Kuantan, Pahang. Paka pula meningkat dua mata kepada 152 manakala Kemaman kekal pada paras 156.
Di Sarawak, Miri yang memasuki kategori Tidak Sihat pada jam 11 pagi terus merekodkan peningkatan apabila bacaan IPU naik tiga mata kepada 104.
Sementara itu, kualiti udara di kebanyakan kawasan Pantai Barat termasuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan kekal dalam kategori Sederhana. Seremban merekodkan bacaan 80, manakala Nilai dan Port Dickson masing-masing mencatatkan 77 dan 79.
Di Selangor, Shah Alam merekodkan bacaan 78 manakala Klang mencatatkan bacaan 75.
Data terkini turut menunjukkan lima stesen pemantauan berada dalam kategori Baik, diterajui Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan terendah negara iaitu 26, diikuti Langkawi, Kedah (35), Minden, Pulau Pinang (41), Kangar, Perlis (45) dan Kulim Hi-Tech (49).
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan yang beroperasi, sebanyak 15 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 48 stesen pada tahap Sederhana (51 hingga 100) dan lima stesen pada tahap Baik (0 hingga 50).
KKM dan JAS terus menasihati penduduk di kawasan terjejas jerebu, khususnya di Johor, Miri serta Pantai Timur, supaya mengurangkan aktiviti luar, mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau bacaan IPU melalui aplikasi MyIPU.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 12 tengah hari?
A: Sebanyak 15 kawasan mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat 12 tengah hari. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 178, diikuti Larkin dengan bacaan 177. - Q: Apakah status kualiti udara di kawasan Pantai Barat termasuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan?
A: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Pantai Barat termasuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan kekal dalam kategori Sederhana. - Q: Berapa banyak stesen pemantauan yang berada dalam kategori Baik, Sederhana dan Tidak Sihat?
A: Lima stesen berada pada tahap Baik, 48 stesen pada tahap Sederhana, dan 15 stesen pada tahap Tidak Sihat daripada 68 stesen pemantauan yang beroperasi. - Q: Apakah nasihat KKM dan JAS kepada penduduk di kawasan terjejas jerebu?
A: KKM dan JAS menasihati penduduk di kawasan terjejas jerebu supaya mengurangkan aktiviti luar, mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau bacaan IPU melalui aplikasi MyIPU.