awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Militan Daish serbu sekolah, pelajar jadi tebusan di Filipina

Agensi
Agensi
21/06/2017
03:58 MYT
Militan Daish serbu sekolah, pelajar jadi tebusan di Filipina
Kira-kira 300 lelaki bersenjata yang terdiri daripada anggota Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF), menyerbu sekolah di Pigcawayan, Utara Cotabato di Pulau Mindanao. - Gambar fail
Kumpulan militan Daish menyerbu sebuah sekolah di selatan Filipina awal pagi tadi dan menjadikan beberapa pelajar sebagai tebusan.
Menurut polis, kejadian berlaku di pulau yang sama di mana pertempuran antara tentera kerajaan dan Daish telah masuk minggu ke lima.
Kira-kira 300 lelaki bersenjata terdiri daripada anggota Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF), menyerbu sekolah di Pigcawayan, Utara Cotabato di Pulau Mindanao.
“Kita boleh sahkan bahawa mereka menawan sekolah berkenaan dan ada orang awam yang terperangkap. Kami sedang dalam proses menentukan berapa ramai tebusan dan identiti mereka," kata Ketua Polis Pigcawayan, Ketua Inspektor Realan Mamon.
Pigcawayan terletak 190 kilometer dari selatan Bandar Marawi, di mana militan BIFF, bersama dengan pejuang dari kumpulan Daish lain telah berperang dengan tentera Filipina sejak 23 Mei.
Pesawat dan tentera Filipina telah melancarkan serangan baharu terhadap Daish di Marawi City pada Selasa dan seorang jurucakap tentera berkata tujuannya adalah bagi membersihkan kawasan tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#daish
#Filipina
#militan BIFF
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan