Skip to main content

Dunia

Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean

Scientists initially thought this sea cucumber was a species known as the headless chicken monster (Enypniastes) - but it's not
Rakaman menunjukkan tebing gunung bawah laut Pickle Bank, dipenuhi karang kuning, biru dan jingga, antara terumbu paling sihat di rantau Caribbean. - Foto CEFAS

CARIBBEAN: Sebuah ekspedisi saintifik selama enam minggu di perairan sekitar Kepulauan Cayman, Anguilla dan Turks & Caicos telah merungkai dunia laut dalam yang sebelum ini tidak pernah diterokai.

Ini termasuk banjaran gunung bawah laut, sebuah “blue hole” gergasi, terumbu karang yang kekal sihat, serta pelbagai hidupan laut yang tidak pernah direkodkan.

Advertisement

Ekspedisi anjuran UK Centre for Environment, Fisheries and Aquaculture Science (CEFAS) itu merakam imej sehingga kedalaman 6,000 meter, menggunakan kamera tekanan tinggi dan sonar untuk memetakan kawasan yang sebelum ini hanya digambarkan melalui peta lama yang penuh kekurangan.

Saintis merekodkan hampir 14,000 spesimen meliputi 290 jenis hidupan laut, termasuk belut pelikan berekor merah jambu yang berkilau, ikan barreleye bermata tiub, dan dragonfish dengan rod cahaya di bawah dagu.

Mereka turut menemui seekor timun laut yang belum dikenal pasti.

Rakaman turut menunjukkan tebing gunung bawah laut Pickle Bank, dipenuhi karang kuning, biru dan jingga, antara terumbu paling sihat di rantau Caribbean, dipercayai terlindung daripada pemanasan laut kerana kedudukannya yang dalam dan curam.

Pasukan penyelidik turut menemui:

  • Blue hole sedalam 550 meter, berdiameter 300 meter, berpotensi menjadi yang terdalam di Caribbean
  • Karang hitam berusia ribuan tahun
  • Terumbu baharu sepanjang 4km berhampiran Anguilla

Biasanya, tiada hidupan di dalam 'blue hole', tetapi kamera merakam span, landak laut dan pelbagai spesies ikan yang hidup di dalamnya.

Lebih 90 peratus spesies unik milik wilayah luar Britain ditemui di kawasan ini, menjadikan penemuan terbaharu sangat penting untuk usaha perlindungan.

Saintis menegaskan ia satu peluang untuk melindungi ekosistem yang masih “relatif tidak terusik” daripada ancaman perubahan iklim dan pencemaran.

Eksperimen ini juga menyokong komitmen UK di bawah PBB untuk melindungi 30 peratus lautan dunia menjelang 2030.

 

 

Must Watch Video