BANGKOK: Pasukan penyelamat Thailand bertungkus lumus untuk mengesan baki 23 lagi kelasi yang masih hilang dalam insiden kapal tentera laut karam di Teluk Thailand.
Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan sehingga kini seramai 75 kelasi telah diselamatkan dari kapal HTMS Sukhothai.
Pada Selasa pasukan penyelamat menemukan enam mayat dan seorang kelasi ditemukan masih hidup kira-kira 60 kilometer dari lokasi kapal itu karam dan mangsa dilaporkan stabil.
"Sehingga kini, terdapat 23 kelasi masih hilang," menurut pihak tentera.
HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan), Ahad.
Misi mencari dan menyelamat turut melibatkan kapal tentera laut dan helikopter, merangkumi kawasan seluas 50 kilometer persegi.
Ketua Turus Tentera Laut Laksamana Cholatit Navanukroa mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Laut Malaysia dan Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan untuk membantu misi mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Kapal HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Lima individu dilaporkan hilang ketika menjalani latihan lumba perahu di Sungai Sarawak sempena Regata Sarawak.
1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura
Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi hilang selepas bot tunda yang mereka naiki karam di Eastern Anchorage.
Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.
Kapal kargo Turki bawa 12 kru karam di Laut Hitam
Kapal 'Kafkametler' dari pelabuhan Temryuk di Rusia ke Aliaga di Turki itu karam selepas melanggar benteng pemecah ombak.
Wanita dan bayi lemas, 30 lain masih hilang bot pelarian karam
Kedua-dua bot berkenaan dipercayai berlepas dari bandar Sfax di Tunisia dan masing-masing membawa 48 dan 42 penumpang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Julai 2023.
Sepuluh terselamat, bot terbakar di Teluk Tokyo Jepun
Seramai sepuluh orang berjaya diselamatkan selepas sebuah bot yang dinaiki terbakar di Teluk Tokyo pada Rabu, menurut Pengawal Pantai Jepun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
79 migran maut kapal laut karam
Sejumlah 79 mangsa dilaporkan terkorban dan beberapa individu dikhuatiri hilang akibat tragedi itu.
APMM jumpa 100 butir peluru meriam aktif dalam kapal pengangkut dari China
APMM menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.