DARIPADA wajah Kate Middleton yang 'diambil' daripada muka depan majalah lain, kepada keanehan pada pakaian anak-anaknya, gambar Hari Ibu yang dikeluarkan Istana Kensington pada Ahad, membuatkan spekulasi semakin rancak diperkatakan.
Kajian terperinci imej pada gambar terbaharu Princess of Wales itu menunjukkan piksel pada sekurang-kurangnya 26 kawasan telah diubah dengan ketara.
"Seperti kebanyakan jurugambar amatur, saya kadang-kadang bereksperimen dengan penyuntingan.
"Saya ingin membuat permohonan maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh gambar keluarga yang kami kongsi semalam," kata Kate dalam kenyataan pada Isnin.
Istana Kensington terdahulu mengumumkan Kate menjalani "pembedahan abdomen yang dirancang" pada 17 Januari, namun tidak memberikan maklumat berkenaan pembedahan itu secara terperinci.
"Pembedahan itu berjaya, dan Kate dijangka akan berada di hospital selama 10 hingga 14 hari, sebelum meneruskan pemulihan di rumah," kata kenyataan itu.
Mengikuti "nasihat perubatan semasa," Kate dijangka tidak membuat kemunculan semula sehingga selepas perayaan Easter, yang jatuh pada 31 Mac tahun ini, menurut kenyataan awal istana.
Selain gambar yang dikeluarkan pada Ahad, Kate tidak pernah ditemui di mana-mana acara sejak kebelakangan ini. Satu-satunya foto terbaharunya ialah gambar paparazi yang diterbitkan oleh TMZ pada 4 Mac lalu.
Kate dilihat berada di tempat duduk penumpang dalam kenderaan yang dipandu oleh ibunya, Carole, berhampiran Istana Windsor.
Ketiadaan penampilan umum oleh Kate telah mencetuskan tanda tanya dan teori konspirasi sama ada Kate masih hidup atau perkahwinannya dengan Putera William sedang bermasalah.
Tidak ketinggalan juga yang mengaitkan misteri kehilangan Kate dengan kematian mengejut Thomas Kingston yang merupakan bekas teman lelaki kakaknya, Pippa Middleton dan suami kepada Lady Gabriella, sepupu kedua Raja Charles III.
Malah teori yang lebih ekstrem turut membuat perkaitan dengan Rose Hanbury, seorang bekas peragawati dan rakan baik Kate, yang didakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan William.
Namun tiada satu pun teori-teori berkenaan berjaya dibuktikan.
Jack Royston, seorang pengulas diraja sebelum ini meluahkan rasa pelik tentang bagaimana Istana begitu berahsia mengenai kesihatan dan keberadaan Kate.
"Perkara yang pelik ialah Istana boleh membuat semua spekulasi hilang dengan satu gambar Kate, tetapi mereka nampaknya tidak mahu berbuat demikian," kata Royston.
Agensi
Wed Mar 13 2024
Kehilangan Kate telah mencetuskan spekulasi sama ada Kate masih hidup atau perkahwinannya dengan Putera William sedang bermasalah. - Foto Reuters
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Kate Middleton ada 'klon'?
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.
Kate Middleton 'muncul semula' selepas pembedahan
Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.
Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat SAR gempa bumi di Turkiye, Syria
Pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales pada Khamis melawat sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Putera William, Kate Middleton dapat gelaran baharu
William dan Kate kini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cornwall dan Cambridge.
Putera William, Kate Middleton curi perhatian temani anak ke sekolah
Putera William dan isteri, Kate Middleton menghantar tiga anak mereka Putera George, 9, Puteri Charlotte, 7 dan Putera Louis, 4 ke sekolah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.