awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat SAR gempa bumi di Turkiye, Syria

Bernama
Bernama
10/03/2023
04:04 MYT
Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat SAR gempa bumi di Turkiye, Syria
William dan Kate bertemu wakil dari Pusat Muslim Hayes dan wakil daripada badan amal ahli Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC), termasuk pasukan bantuan yang baharu pulang dari zon krisis di Turkiye. - Foto AP
LONDON: Pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales pada Khamis melawat sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Putera William dan Kate Middleton bertemu wakil dari Pusat Muslim Hayes dan wakil daripada badan amal ahli Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC), termasuk pasukan bantuan yang baharu pulang dari zon krisis di Turkiye, lapor Agensi Anadolu.
Pasangan itu juga menyertai komuniti lain dalam melaksanakan pelbagai usaha mengumpul dana sebagai sebahagian daripada bantuan.
Pengumpulan dana UK besar-besaran yang dilancarkan oleh DEC berjaya mengumpul 100 juta pound.
Tabung derma itu dilancarkan pada 9 Feb termasuk derma GBP5 juta oleh kerajaan Britain melalui skim Bantuan UK.
DEC bertindak menghimpunkan 15 badan amal utama UK termasuk Palang Merah British, Oxfam dan ActionAid bagi mengumpul dana yang akan menampung bantuan perubatan, tempat perlindungan kecemasan, makanan dan air bersih.
Pada 6 Feb, gempa bumi dengan kekuatan 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda selatan Turkiye.
Gegaran yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu mengorbankan lebih 46,100 nyawa manakala 13.5 juta orang terjejas akibat bencana itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Wiliam
#Gempa bumi Turkiye
#Kate Middleton
#gempa bumi Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan