awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi gesa penamatan perang Ukraine dalam perjumpaan dengan Putin di SCO

Bernama
Bernama
01/09/2025
20:15 MYT
Modi gesa penamatan perang Ukraine dalam perjumpaan dengan Putin di SCO
Presiden Modi (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Putin semasa kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di China, pada Isnin. - Gambar Reuters
BEIJING: Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa penamatan perang di Ukraine pada Isnin ketika beliau bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Luar India, Modi "mengulangi sokongannya terhadap inisiatif terbaharu yang telah diambil bagi menangani konflik di Ukraine" selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu di Bandar Tianjin.
Beliau juga "menekankan keperluan mempercepatkan penghentian konflik dan mencari penyelesaian damai yang berkekalan," menurut kementerian itu.
New Delhi secara umumnya berusaha mengekalkan sikap berkecuali dalam konflik antara Ukraine dan Rusia, yang bermula dengan serangan besar-besaran Rusia pada Februari 2022.
Walaupun India menyokong usaha damai serta memberi amaran kepada Moscow agar tidak menggunakan senjata nuklear, negara itu kini menjadi pelanggan kedua terbesar minyak Rusia selepas negara-negara Eropah menghentikan import mereka sebagai tindak balas terhadap perang itu.
Dalam usaha menekan Rusia supaya menamatkan konflik, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini mengenakan tarif 50 peratus ke atas import dari India berhubung perdagangan negara itu dengan Moscow.
Namun, langkah itu masih belum menjejaskan hubungan kedua-dua kuasa nuklear itu, dengan Modi menulis di platform X bahawa beliau mengadakan "pertemuan yang sangat baik" dengan Putin di Tianjin.
Menurut media Rusia, kedua-dua pemimpin itu berbual hampir 50 minit dalam limusin Presiden Putin dalam perjalanan menuju ke mesyuarat dua hala rasmi.
Perbincangan itu bertumpu kepada "cara memperdalam kerjasama dua hala dalam semua sektor, termasuk perdagangan, baja, angkasa lepas, keselamatan dan budaya," kata Modi di platform X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Narendra Modi
#Vladimir Putin
#Pertubuhan Kerjasama Shanghai
#SCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan