awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium

Bernama
Bernama
13/01/2025
23:40 MYT
Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium
Penunjuk perasaan menyertai demonstrasi mogok seluruh negara bagi membantah cadangan reformasi pencen oleh kerajaan, di Brussels, Belgium, 13 Jan 2025. - REUTERS
BRUSSELS: Perkhidmatan pengangkutan awam, penerbangan, sekolah, dan perkhidmatan penting di seluruh Belgium terganggu pada Isnin berikutan mogok di seluruh negara bagi membantah cadangan reformasi pencen oleh gabungan yang membentuk kerajaan baharu persekutuan, lapor Xinhua.
Di Brussels, lebih 30,000 penunjuk perasaan termasuk anggota bomba, guru, dan ahli kesatuan pekerja turun ke jalan raya.
Kesatuan pekerja mengecam cadangan reformasi pencen itu sebagai satu "serangan terhadap pencen" sambil menuntut penambahbaikan terhadap syarat kerja, peningkatan sumbangan majikan, serta pengurangan tempoh perkhidmatan untuk profesion yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
Mereka turut mengkritik potongan cukai korporat yang dianggap membebankan pekerja secara tidak adil.
Pengangkutan awam terjejas teruk dengan hanya satu daripada tiga kereta api beroperasi antara bandar utama.
Di Brussels, perkhidmatan metro, trem dan bas berjalan pada kapasiti terhad, sementara kebanyakan laluan bas di Wallonia tergendala sepenuhnya.
Penerbangan turut mengalami gangguan ketara apabila sekitar 40 peratus penerbangan di Lapangan Terbang Brussels dibatalkan, manakala semua penerbangan di Lapangan Terbang Charleroi digantung mulai tengah hari.
Sektor pendidikan juga terjejas apabila kira-kira 40 peratus sekolah rendah dan menengah di Flanders ditutup.
Selain itu, perkhidmatan kutipan sampah dan pos di Brussels serta Walloon Brabant mengalami kelewatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mogok
#Penunjuk perasaan
#Belgium
#cadangan reformasi pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan