awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad gesa EU-ASEAN bekerjasama tangani cabaran peralihan tenaga

Bernama
Bernama
02/02/2024
14:25 MYT
Mohamad gesa EU-ASEAN bekerjasama tangani cabaran peralihan tenaga
Mohamad berkata bagi memastikan peralihan tenaga yang adil, negara membangun memerlukan sokongan daripada negara maju khususnya berkaitan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) bekerjasama menangani cabaran dan peluang dalam aspek tenaga bersih secara dua hala dan dalam rangka kerja kerjasama ASEAN-EU.
Berucap pada Forum Menteri Indo Pasifik-EU kali ketiga di Brussels, Belgium pada Jumaat, Mohamad berkata bagi memastikan peralihan tenaga yang adil, negara membangun memerlukan sokongan daripada negara maju khususnya berkaitan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur.
"Peralihan tenaga harus adil, inklusif dan saksama dengan mengambil kira keperluan pembangunan negara-negara tertentu.
"Prinsip asas Common But Differentiated Responsibilities dan Respective Capabilities Perjanjian Paris mesti ditegakkan," katanya pada sesi meja bulat bertajuk ''The Green Transition: Partnering for a Sustainable Future'.
Kenyataan beliau telah disediakan kepada media oleh Kementerian Luar.
Beliau berkata dalam menangani isu tenaga, Malaysia akan bertunjangkan pada penyelesaian praktikal yang memacu kemajuan, mengimbangi cita-cita iklim, kemampanan dan pertumbuhan ekonomi,
"Kami percaya bahawa untuk bergerak ke hadapan ia menuntut kerjasama progresif dan model kerjasama," katanya.
Menteri Luar berkata perdagangan adalah tunjang penting untuk mempercepatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi negara membangun dan membina halangan kepada perdagangan boleh menghakis multilateralisme dan kerjasama serta menghalang pertumbuhan negara membangun.
"Namun, peralihan tenaga adalah mahal dan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Mereka yang mempunyai keupayaan perlu melaksanakannya sebanyak yang termampu. Kami menyeru negara maju, termasuk anggota EU untuk melakukan lebih banyak lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#ASEAN
#Kesatuan Eropah
#teknologi
#Infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan