awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet dirantai, dipakaikan topeng manusia jadi peminta sedekah di Indonesia

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
26/04/2018
21:03 MYT
Monyet dirantai, dipakaikan topeng manusia jadi peminta sedekah di Indonesia
Satu rakaman viral menunjukan beberapa monyet telah dirantai di tepi jalan serta dilatih meminta sedekah sambil dipakaikan pakaian yang kelihatan seperti anak patung perempuan.
WALAUPUN telah diharamkan pada tahun 2013, aktiviti 'Topeng Monyet' masih lagi diteruskan secara berleluasa di Indonesia.
Satu rakaman viral menunjukan beberapa monyet telah dirantai di tepi jalan serta dilatih meminta sedekah sambil dipakaikan pakaian yang kelihatan seperti anak patung perempuan.
Rakaman yang direkodkan di Bogor, Indonesia itu, melihatkan haiwan berkenaan menari berlatarbelakangkan muzik tradisional dan menunggu sesiapa sahaja bagi meminta wang.
Klip itu kemudiannya tersebar meluas di Facebook, menjadi ramai yang menyatakan rasa kasihan terhadap haiwan berkenaan yang terseksa hanya bagi menghiburkan manusia.
Persembahan itu juga adalah sebahagian daripada pertunjukan jalan tradisional yang dikenali sebagai Topeng Monyet di Indonesia.
Ia adalah satu bentuk hiburan kontroversial yang melihat makhluk tawanan terpaksa berpakaian sebagai manusia dan melakukan aksi seperti menunggang basikal dan menari.
Topeng Monyet telah diharamkan di Jakarta, Indonesia selepas satu kempen membantah aktiviti itu diadakan pada tahun 2013.
Bagaimanapun, amalan ini masih berterusan di seluruh Indonesia.
Topic Berkaitan
#Bogor
#Indonesia
#Topeng Monyet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan