Skip to main content

Dunia

Moscow dilanda salji luar biasa, gangguan dilaporkan

A woman walks across Red Square during a snowfall in Moscow, Russia April 27, 2026. REUTERS/Ramil Sitdikov
Seorang wanita berjalan di kawasan Red Square ketika salji turun di Moscow, Rusia, 27 April 2026. REUTERS

MOSCOW: Bandar raya Moscow dilanda ribut salji luar biasa pada Isnin, sekali gus memecahkan beberapa rekod cuaca serta menyebabkan gangguan meluas di ibu negara Rusia itu dan kawasan sekitarnya.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan kira-kira 50 pokok tumbang akibat salji yang lebat serta angin kencang. Talian elektrik turut terjejas.

Advertisement

Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata perkhidmatan bandar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga yang tinggi, sambil memberi amaran keadaan cuaca dijangka bertambah buruk termasuk tiupan angin kencang sehingga 23 meter sesaat. Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga dengan ribut salji dan keadaan berais dijangka berlaku.

Ahli meteorologi Mikhail Leus, pakar utama di Pusat Cuaca Fobos berkata ketebalan salji mencecah 12 sentimeter (sm) pada waktu pagi, melepasi rekod sebelum ini iaitu 10 sm yang dicatatkan 55 tahun lepas. Jumlah hujan salji semalaman pula mencapai 16 milimeter, mengatasi rekod sejak 1880. Tekanan atmosfera juga jatuh ke paras terendah direkodkan.

Perkhidmatan pengangkutan turut terganggu, dengan kelewatan dilaporkan pada perkhidmatan kereta api dan di lapangan terbang. Bandar itu menggantung perkhidmatan sewa skuter elektrik dan kereta perkongsian yang menggunakan tayar musim panas, serta menggesa penduduk menggunakan pengangkutan awam dan mengelakkan perjalanan tidak perlu.

Kebanyakan taman awam turut ditutup atas faktor keselamatan. Ramalan cuaca menjangkakan salji akan berkurangan menjelang petang namun berterusan sehingga Selasa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video