WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mula melakukan serangan balas pada Jumaat (2 Februari) di Iraq dan Syria, kata tiga pegawai kanan AS.
Tindak balas itu dilancarkan AS susulan kematian tiga anggota tenteranya selain menyebabkan 40 anggota lain cedera akibat serangan di Jordan yang didakwa dilakukan oleh pasukan pejuang yang disokong oleh Iran baru-baru ini.
Serangan itu dipercayai yang pertama dilancarkan dalam siri tindak balas pelbagai peringkat oleh pentadbiran Presiden Joe Biden.
Walaupun serangan AS tidak menyasarkan mana-mana lokasi di dalam Iran, ia berkemungkinan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada perang lebih tiga bulan Israel dengan militan Hamas Palestin di Gaza.
Dua daripada pegawai itu yang enggan nama mereka disiarkan berkata, serangan itu menyasarkan kemudahan di Iraq dan Syria yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan pasukan pejuang yang disokongnya.
Sementara laporan lain - pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights berkata, enam anggota kumpulan pejuang pro-Iran telah terbunuh di timur Syria semasa serangan yang dipercayai dilakukan oleh AS itu.
Pesawat tempur dikesan melakukan empat pusingan serbuan udara di tapak yang menempatkan kumpulan pejuang yang disokong Iran di timur wilayah Deir Ezzor, dengan tiga daripadanya menyasarkan al-Mayadeen dan satu lagi menyerang Albu Kamal, berhampiran sempadan Iraq.
Tindakan AS melancarkan pengeboman di rantau itu berikutan ikrar Presiden Joe Biden untuk bertindak balas terhadap pasukan pejuang pro-Iran berhubung serangan dron Ahad lalu terhadap pangkalan AS di Jordan, dekat Syria.
Hanya beberapa minit sebelum laporan media AS yang pertama dikeluarkan, Biden berada di Pangkalan Udara Delaware bagi menghadiri upacara penghormatan terakhir kepada tiga anggota tentera AS yang terbunuh dalam serangan di Jordan.
Walaupun AS kini bebas daripada peperangannya di Iraq dan Afghanistan, namun, ketegangan yang meningkat di Asia Barat yang dicetuskan oleh pertempuran Israel-Hamas, mengancam untuk mengheret tentera AS kembali ke konflik serantau.
Ini adalah kematian tentera AS yang pertama akibat tembakan bermusuhan sejak serangan mengejut
Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel yang mencetuskan serangan maut Israel ke atas Gaza.
Bagaimanapun, tentera AS dan kumpulan yang disokong Iran di Iraq dan Syria secara berkala berbalas tembakan, manakala pemberontak Houthi Yaman hampir setiap hari bertempur dengan kapal Tentera Laut AS atau menembak kapal awam antarabangsa di Laut Merah. - Agensi
Agensi
Fri Feb 02 2024
Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mula melakukan serangan balas pada Jumaat (2 Februari) di Iraq dan Syria susulan kematian tiga tentera AS di Jordan yang didakwa angkara pasukan pejuang yang disokong oleh Iran. - Gambar Reuters
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.