awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa

Bernama
Bernama
26/09/2023
02:50 MYT
Musim tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa
Keadaan Sungai Naranjo yang terletak di pinggir bandar Guatemala City pada 25 Sept, 2023, sehari selepas rumah-rumah berdekatan dihanyutkan air sungai yang melimpah susulan hujan lebat. (Foto AP)
BANDARAYA GUATEMALA: Musim tengkujuh Guatemala telah meragut 32 nyawa manakala 16 lagi dilaporkan hilang, lapor Xinhua, memetik Koordinator Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana (Conred) pada Isnin.
Terdapat kerosakan pada 30 sekolah, 242 jalan dan 31 jambatan, manakala kira-kira 472 kediaman berisiko musnah, lapor agensi itu.
Sementara itu, 5,689 orang hilang tempat tinggal, 10,303 dipindahkan dan 587 ditempatkan di pusat perlindungan akibat hujan lebat.
"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sistem Conred merekodkan enam insiden yang dikaitkan dengan hujan di seluruh negara," tulis agensi itu di platform media sosial X.
Pada awal Isnin, Sungai Naranjo di Bandaraya Guatemala yang melimpah, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang lemas manakala 15 lagi hilang.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Guatemala
#hujan lebat
#musim tengkujuh
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan