BHUBANEWSAR (INDIA): Penganjur pesta perkahwinan telah dituduh sebagai penyebab kematian 63 ekor ayam yang terkena serangan jantung berpunca daripada alunan muzik yang rancak dan kuat daripada majlis itu.
Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan.
Ranjit Kumar Parida yang menternak ayam-ayam itu berkata, penganjur acara berkenaan memainkan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.
"Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.
"Bagaimanapun, mereka enggan mendengar permintaan, bahkan, seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya pula," katanya kepada AFP.
Sementara itu, seorang doktor veterinar memaklumkan Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung.
Sehubungan itu, dia bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur pesta perkahwinan itu enggan membayar pampasan atas kerugiannya.
Dalam perkembangan sama, AFP melaporkan, Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra memberitahu, risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung boleh meningkat akibat diganggu dengan pencemaran bunyi yang kuat.
Menurut beliau, ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.
"Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka," kata Mishra yang pernah menulis bukut berkaitan kelakuan haiwan.
Berbalik pada kisah kekecohan pesta perkahwinan itu, pengakhirannya pihak polis berjaya memujuk penganjur untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara persefahaman
“Polis tidak mengambil sebarang tindakan memandangkan pemilik ayam juga sudah menarik laporan,” kata jurucakap polis Drooupadi Das.
AFP
Wed Nov 24 2021

Pesta perkahwinan tradisional India yang turut menampilkan persembahan bunga api, tarian dan pancaragam itu juga didakwa telah menakutkan ayam-ayam berkenaan. - Gambar fail REUTERS

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.
![[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet [TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007666/24992726361675321328696_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Ikuti sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.

PN lancar Kabinet bayangan
Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

KPDN Sabah catat kompaun RM20,700 sepanjang Januari
Kesemua kes itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

PN bentuk J'kuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat jadi pembangkang berkesan - Muhyiddin
Ahli-Ahli Parlimen PN berpengalaman akan beri maklum balas beberapa isu berkaitan portfolio masing-masing.

Sekiranya bersih kena jelaskan kepada badan penyiasat - PM
Jika benar bersih seperti mana yang diceritakan, kena jelaskan kepada badan penyiasat kenapa dalam masa singkat boleh mengumpul wang sebegitu banyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.

Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Perlu langkah bersepadu bantu IPTS terus bernafas
Malaysia harus mencontohi UK yang sentiasa konsisten mengadakan promosi bagi menarik pelajar antarabangsa, walaupun kadar yuran mereka tinggi.

Muzik kuat dari pesta kahwin jadi punca 63 ekor ayam mati akibat serangan jantung
Penganjur acara memainkan muzik yang terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayam di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.