awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung

Agensi
Agensi
25/02/2024
13:39 MYT
Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung
Daripada anugerah berprestij Ballon d’Or hingga Piala Liga Juara-Juara, pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo di muzium berkenaan. - X @TimelineCR7
RIYADH: Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula menerima pengunjung untuk menikmati pengalaman menyelusuri perjalanan kehidupan bintang bola sepak kelab Al-Nassr itu.
Muzium tersebut mempamerkan barang kegemaran dan piala paling berharga milik Ronaldo.
Daripada anugerah berprestij Ballon d’Or hingga Piala Liga Juara-Juara, pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.
Muzium itu juga dilengkapi kawasan interaktif dan permainan yang memenuhi cita rasa kanak-kanak dan juga golongan dewasa.
Ronaldo juga merupakan salah seorang atlet yang paling terkenal dan terkaya di dunia. Buktinya beliau dibayar 200 juta euro (RM1.07 bilion) setahun oleh kelab Liga Pro Saudi itu, dan bonus sekitar 100 juta euro (RM535.45 juta) selepas menandatangani kontrak sehingga Jun 2025.
Arab Saudi membelanjakan berbilion dolar untuk cuba mengubah rantau itu menjadi kuasa sukan dan hiburan.
Bekas penyerang Portugal itu pernah bermain untuk pasukan Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Arab Saudi
#Muzium CR7
#Ballon d Or
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan