awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya

Bernama
Bernama
06/01/2025
10:36 MYT
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos. - FB Lao Art Museum ຫໍພິພິທະພັນສິລະປະລາວ
VIENTIANE: Muzium Seni Laos, muzium terbesar negara ini, dibuka secara rasmi kepada orang ramai, menandakan pencapaian penting dalam usaha pemeliharaan budaya kebangsaan yang dijangka menjadi tarikan pelancongan popular untuk pelawat tempatan dan antarabangsa, lapor Xinhua.
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.
Muzium ini mempamerkan pelbagai ukiran kayu tradisional Laos, menonjolkan kehalusan seni pertukangan yang menjadi teras identiti budaya negara. Ia juga menyediakan platform untuk mempamerkan kreativiti merentas generasi, sekali gus mempromosikan kelestarian, kesedaran alam sekitar, dan pemeliharaan budaya.
Muzium berkenaan dijangka membuka peluang pekerjaan tempatan, menyokong perniagaan, dan menarik pelawat dari seluruh dunia. Selain itu, ia bertujuan memberi inspirasi kepada generasi baharu seniman Laos, memupuk hubungan mendalam dengan identiti budaya dan kreativiti.
Sebagai lambang warisan seni yang kaya, muzium ini mencerminkan komitmen berterusan Laos terhadap pemeliharaan budaya.
Terletak di Daerah Xaythany di Vientiane, pembinaan muzium ini bermula pada 2021 dengan anggaran kos melebihi AS$50 juta. Ia merangkumi kawasan seluas 80 hektar dan bertujuan mewujudkan sumber pelancongan berteraskan budaya, seni, dan alam semula jadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muzium seni
#laos
#lao arts museum
#pelancongan
#budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan