BARCELONA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa selama sejam melawat Pavilion Huawei, sebuah daripada pavilion terbesar di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2024 yang berlangsung di Fira Gran Via di sini.
Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia di MWC 2024 disambut oleh Presiden Hal Ehwal Awam dan Komunikasi APAC Huawei Jun Zhang dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun.
Fahmi juga diiringi oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Semasa lawatan itu, Fahmi telah diberikan taklimat oleh penyedia infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu mengenai kemajuan teknologi terkininya termasuk pembawa, perusahaan serta produk dan penyelesaian domain-peralatan terbaharunya.
Syarikat itu mempamerkan produk dan penyelesaian 5.5G, F5.5G, dan Net5.5G untuk pelbagai keadaan selain beberapa produk inovasi kebanggaannya termasuk telefon pintar Huawei Mate 60 RS Ultimate Design, Huawei Mate X5, jam pintar Huawei Watch Ultimate Design dan siri Huawei Watch GT 4, Huawei FreeClip dan tablet Huawei MatePad Pro 13.2-inci.
Mengulas mengenai lawatan menteri itu, Jun Zhang berkata Huawei tetap memberikan dedikasinya kepada transformasi digital dan pembangunan ICT di Malaysia.
"Huawei bersedia untuk menggerakkan teknologi termajunya, termasuk 5.5G, AI (kecerdasan buatan dan awan untuk menyokong pertumbuhan Malaysia. Kami komited untuk mengumpulkan sumber global dan pengalaman kami bagi memperkasakan pembangunan Malaysia," katanya kepada Bernama.
Sementara itu Sun berkata menerusi kerjasama strategik dengan penyedia rangkaian mudah alih tempatan (MNO) dan ekosistem industri, Huawei menyasarkan untuk menjadi pemangkin kepada industri komunikasi dan maklumat serta memupuk kemajuan mampan untuk negara,
"Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menjadikan matlamat bersama meningkatkan kesalinghubungan dan memacu pembangunan pintar di negara ini menjadi satu realiti.
Huawei kekal komited untuk membimbing bakat tempatan, memindahkan teknologi kepakaran dan melabur dalam infrastruktur digital Malaysia," katanya.
MWC 2024 perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi dihoskan oleh Groupe Speciale Mobile Association (GSMA). Kongres selama empat hari itu bermula hari ini dan dijangka menghimpunkan 100,000 pemain industri telekomunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Fahmi telah diberikan taklimat oleh penyedia infrastruktur ICT itu mengenai kemajuan teknologi terkininya termasuk pembawa, perusahaan serta produk dan penyelesaian domain-peralatan terbaharunya. - Gambar Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
MWC 2024: Fahmi lawat Pavilion Huawei, tinjau kemajuan teknologi terkini
Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa selama sejam melawat Pavilion Huawei, sebuah daripada pavilion terbesar di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2024 yang berlangsung di Fira Gran Via di sini.
Persatuan sukan digesa cungkil bakat baharu, jangan hanya harap pemain naturalisasi
Persatuan sukan kebangsaan digesa supaya mencungkil bakat tempatan baharu dan tidak hanya bergantung kepada khidmat pemain naturalisasi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM160 juta untuk penggiat seni
Kerajaan menyediakan RM160 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam usaha menyokong bakat-bakat kreatif tempatan.
Model Malaysia Sharwita sertai Times Fashion Week 2023
Model terkemuka Sharminidevi Parameispran berkata acara Ahmedabad Times Fashion Week 2023 menjadi platform untuk mempromosi pelancongan fesyen Malaysia.
Sofyank rancang tubuh syarikat produksi akhir tahun ini
Pereka kandungan digital tanah air, Sofyank merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
PRN Sarawak: Penubuhan KESA bahagian Kapit bantu cungkil bakat belia dalam e-sukan
Usaha membolehkan belia di bahagian itu membina strategi bagi memperoleh pendapatan melalui bidang tersebut.
Industri kreatif digital tarik pelaburan RM1.06 bilion dari luar negara
Shakib Ahmad Shakir berkata Malaysia mempunyai bakat untuk memenuhi pasaran industri animasi dan kesan khas yang dianggarkan bernilai RM40.74 bilion.
Memadaikah guna dron pantau pencemaran sungai?
Adakah penggunaan dron sahaja cukup memadai untuk mencegah pencemaran air daripada berulang lagi?