DUNIA
Nahas Air India: Angka korban meningkat kepada 274 orang - Media

Peningkatan angka korban menunjukkan bahawa 33 mangsa lain dipercayai berada di kawasan Kampus Kolej Perubatan BJ Ahmedabad ketika pesawat terhempas. - Foto Reuters
NEW DELHI: Angka korban akibat nahas pesawat Air India berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di Gujarat pada Khamis meningkat kepada 274 orang, dengan 33 kematian melibatkan mangsa di darat telah disahkan, lapor akhbar harian The Times of India pada Sabtu, menurut Xinhua.
Ringkasan AI
- Angka korban meningkat: Seramai 274 orang terbunuh dalam nahas pesawat Air India berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, termasuk 33 mangsa di darat.
- Siasatan akan dijalankan: Kerajaan India telah menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi bagi menyiasat insiden tersebut, dengan laporan dijangka dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan.
- Hanya seorang mangsa terselamat: Pesawat Air India AI171 yang menuju ke London terhempas sejurus berlepas, dengan hanya seorang mangsa terselamat.
Hanya seorang mangsa terselamat dalam nahas pesawat Air India penerbangan AI171 yang dalam penerbangan ke London dan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami