Skip to main content

Malaysia

Subsidi pemandu e-hailing kekal 800 liter, diesel Sabah dan Sarawak kekal RM2.15 seliter 

Anwar Ibrahim Perutusan Khas, KESIAPSIAGAAN DEPANI KRISIS TENAGA GLOBAL -- RTM Live
Perdana Menteri berkata kerajaan akan mula menghadkan pengisian bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam, barangan dan persendirian maksimum 50 liter setiap pembelian, kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi tiga tan (100 liter) dan kenderaan melebihi tiga tan (150 liter).

KUALA LUMPUR: Had siling bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, Sabah dan Sarawak akan terus menikmati diesel subsidi pada kadar RM2.15 seliter.

Advertisement

"Kita kekalkan had siling sehingga 800 liter setelah mengambil kira tanggungjawab mereka, pekerjaan mereka, dan urusan yang mereka harus lakukan.

"Kedua, Sabah dan Sarawak akan terus menikmati subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter, walaupun harga diesel telah melambung naik. Maknanya, bila perbezaan harga ini membengkak, kita harus waspada dan mengambil tindakan pengawalan yang lebih rapi, penguatkuasaan yang lebih berkesan.

"Tetapi memandangkan keadaan geografi dan logistik Sabah dan Sarawak, kita mengambil keputusan yang saya fikir munasabah pada peringkat ini," katanya dalam Perutusan Khas Negara, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mula menghadkan pengisian bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam, barangan dan persendirian maksimum 50 liter setiap pembelian, kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi tiga tan (100 liter) dan kenderaan melebihi tiga tan (150 liter).

"Ini untuk menjamin dan memastikan agar bekalan ada, dapat diagihkan secara adil dan mencukupi kepada semua.

"Tanpa penyesuaian ini, kita bimbang ada kecenderungan untuk mengumpul dan menyeludup sepertimana telah dikesan selama ini," tambah Anwar.

Justeru, Anwar meminta supaya rakyat tidak merasa tertekan dan memahami bahawa langkah yang diambil adalah sangat teliti dan berhemah berikutan tekanan yang dihadapi negara ketika ini.

Must Watch Video