AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean

Kapal itu sebelum ini dikenakan sekatan oleh Washington apabila dikenali sebagai Minerva M kerana mengangkut minyak Rusia. - Foto AP
WASHINGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah merampas sebuah lagi kapal tangki minyak di Laut Caribbean, dalam usaha berterusan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengawal eksport minyak Venezuela.
Menurut US Southern Command, kapal tangki bernama Olina adalah yang kelima dirampas oleh pasukan AS dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Operasi tangkapan dilakukan sebelum subuh oleh Marines dan anggota Tentera Laut AS, yang kemudian menyerahkan kawalan kapal tersebut kepada Pengawal Pantai AS.
Pegawai AS berkata operasi itu dijalankan tanpa sebarang insiden dan menghantar mesej jelas bahawa tiada tempat selamat bagi aktiviti jenayah di laut.
Kapal Olina didakwa sebahagian daripada apa yang digelar sebagai “ghost fleet”, armada kapal yang sering beroperasi tanpa identiti jelas dan membawa minyak yang dilarang oleh sekatan AS.
Kapal itu sebelum ini dikenakan sekatan oleh Washington apabila dikenali sebagai Minerva M kerana mengangkut minyak Rusia dan kemudian cuba beroperasi di bawah bendera Timor-Leste yang disifatkan sebagai tidak sah.
Rampasan ini adalah sebahagian daripada kempen yang dilancarkan pentadbiran Trump untuk mengehadkan perdagangan minyak Venezuela yang diletakkan dalam senarai sekatan Washington, serta mengekang apa yang dianggap AS sebagai perdagangan maritim haram.
Dalam beberapa hari lalu, AS juga merampas beberapa kapal lain yang dipercayai terlibat dalam perdagangan minyak Venezuela dan Rusia, termasuk kapal yang dinamakan semula sebagai Marinera dan M Sophia.
Langkah ini berlaku ketika pentadbiran AS meningkatkan tekanan terhadap kerajaan sementara Venezuela dengan tujuan mengawal hasil minyak negara itu serta membuka peluang kepada syarikat minyak AS di pasaran global.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


