BALASORE: Menteri Kereta Api India memaklumkan punca serta individu bertanggungjawab dalam kemalangan kereta api terburuk di negara itu Jumaat lepas sudah dikenal pasti.
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.
Katanya, di peringkat ini, adalah “tidak wajar” untuk memberikan butiran sebelum laporan penyiasatan akhir.
Angka kematian akibat nahas berhampiran Balasore, di negeri timur Odisha dijangka meningkat melebihi 300 orang.
Ashwini berkata, kemalangan disebabkan perubahan yang berlaku semasa ‘interlock’ elektronik, istilah teknikal merujuk kepada sistem isyarat kompleks yang direka untuk menghentikan kereta api berlanggar dengan mengatur pergerakan mereka di landasan.
Katanya, sesiapa yang melakukannya dan bagaimana ia berlaku akan diketahui selepas siasatan selesai.
Terdapat kekeliruan mengenai urutan kejadian yang tepat, namun laporan memetik pegawai kereta api sebagai berkata, ralat isyarat telah menyebabkan Coromandal Express bergerak ke selatan dari Kolkata ke Chennai ke landasan sebelah.
Pihak berkuasa turut memaklumkan, kebanyakan mayat yang dijumpai sukar untuk dikenal pasti dengan situasi itu menyebabkan ramai ahli keluarga yang kecewa kerana hanya dapat mengesan mereka melalui serpihan barang kemas.
Terdapat mayat yang hanya tinggal tubuh, muka terbakar sepenuhnya, tinggal tengkorak dan tiada lagi identiti yang boleh dikesan.
Dalam keadaan cuaca yang panas terik, banyak mayat dipindahkan ke pusat yang lebih besar dan pegawai mencadangkan beberapa mayat dikenal pasti menerusi ujian DNA.
Usaha menyelamat diumumkan berakhir petang Ahad selepas kakitangan kecemasan mengeluarkan mangsa terselamat dan meletakkan mayat di atas kain putih di sebelah trek.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi, berkata jumlah kematian ketika ini adalah 288 orang, namun ia dijangka terus meningkat dan berpotensi untuk mencapai 380 orang.
Astro Awani
Mon Jun 05 2023
Jumlah kematian ketika ini adalah 288 orang, namun ia dijangka terus meningkat dan berpotensi untuk mencapai 380 orang. - Foto AP
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.
Pakistan siasat punca nahas kereta api di wilayah Sindh
Penyiasat akan menemu bual pemandu dan penumpang sebelum memuktamad laporan yang dijangka mengambil masa kira-kira lima hari.
Kesilapan penyambungan sistem isyarat didapati punca nahas kereta api di India
Terdapat kesilapan di pelbagai peringkat dalam Jabatan Isyarat dan Telekomunikasi di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi semasa kerja pembaikan.
21 cedera nahas kereta api, trak di Republik Czech
Sembilan daripada mangsa mengalami kecederaan tahap sederhana manakala 12 lagi cedera ringan.
Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.
Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.
Kesilapan teknikal mungkin punca nahas kereta api terburuk di India
Kesilapan teknikal mungkin menjadi punca kepada nahas pelanggaran tiga buah kereta api yang mengorbankan hampir 300 nyawa.
Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api
Protes jalanan itu yang terbesar dihadapi kerajaan sejak menang pilihan raya pada 2019.
Korban nahas kereta api di Greece meningkat 57 orang
Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan pada Khamis.
1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona
Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.