MANILA: Naib Presiden Filipina Sara Duterte pada Sabtu mengemukakan wang jaminan sebanyak 360,000 peso (kira-kira AS$5,760) bagi kes ugutan yang dihadapinya, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Mahkamah Perbicaraan Wilayah Bandar Raya Quezon membatalkan waran tangkap terhadap naib presiden itu.
Pada Jumaat, mahkamah mengarahkan penangkapannya atas tiga pertuduhan membuat ugutan berhubung kenyataannya yang mendakwa beliau telah bercakap dengan seseorang yang akan membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr, isterinya Liza Araneta-Marcos dan bekas Speaker Dewan Rakyat Martin Romualdez sekiranya beliau sendiri dibunuh.
-- BERNAMA-XINHUA