awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden Venezuela dihempap pokok tumbang ketika Taufan Beryl

Bernama
Bernama
03/07/2024
03:15 MYT
Naib Presiden Venezuela dihempap pokok tumbang ketika Taufan Beryl
Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre. - Foto fail
BUENOS AIRES: Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez dihempap pokok tumbang semasa Taufan Beryl melanda negara itu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre.
Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.
"Beliau mengalami hentakan kuat tetapi masih sedar.
"Beliau kuat. Beliau baru sahaja menulis kepada saya dan menyampaikan salam," kata Maduro dalam ucapan kepada penyokongnya pada Selasa.
Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250 kilometer sejam mengakibatkan dua orang maut di Venezuela manakala lebih 600 rumah rosak apabila Sungai Manzanares melimpah.
Kerajaan menghantar 3,600 anggota polis dan pekerja bantuan bersama 2,000 tan bekalan ke kawasan di utara negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Delcy Rodriguez
#Taufan Beryl
#dihempap pokok
#sedar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan