Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan delegasinya meluangkan masa bertafakur seketika di hadapan pintu masuk pangkalan tentera di sini, sebagai memberi penghormatan.
Mereka meluangkan masa beberapa minit di situ sebelum memasuki fasiliti berkenaan untuk mendengar taklimat Pusat Krisis Negara Belanda mengenai keseluruhan proses mengenal pasti mayat-mayat mangsa nahas itu.
Najib merupakan pemimpin tertinggi pertama daripada negara berkepentingan dalam tragedi MH17 untuk berbuat demikian.
Turut hadir wakil-wakil Malaysia termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Duta Besar di Netherlands Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib.
Pangkalan tentera itu menempatkan mangsa-mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine yang sedang dikenal pasti menerusi proses forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).
Penerbangan MH17 itu, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Hakim Rahman
Thu Jul 31 2014
Najib bertafakur beri penghormatan kepada mangsa MH17
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.